Search

Bagaimana untuk sepadankan speaker dengan power amp

Mula-mula rahizulaudio nak ucapkan terima kasih diatas respond ini :

nak tanya tentang penggunaan sub woofer...berapa watt amp yang sesuai untuk digunakan?
************************************************************************

Kebanyakan PowerAmp stereo (Left & Right channel ) biasanya  beroperasi pada kadar  4 ohm setiap channel. Jika anda menyambung speaker 4 Ohm setiap channel, maka jumlah kuasa yang dikeluarkan adalah pada kadar yang sepadan. 
Contoh: Power Amp = 2 x300 watt , 4ohm  disambung dengan 2 buah Speaker 2 x 300watt , 4ohm 
ini bermakna jumlah kuasa yang dialirkan adalah 100%.

Tetapi sekiranya anda memasang 8ohm speaker 300watt setiap speaker pada power amp diatas ,
bermakna jumlah kuasa yangdialir berkurangan kira-kira 30%. 
Contohnya : Power Amp = 2 x300 watt , 4ohm  disambung dengan 2 buah Speaker 2 x 300watt , 8ohm 
 = 80%

PowerAmp (nilai OHM lebih kecil) disambung dengan Speaker (nilai OHM lebih besar) = tiada masalah kerana ini hanya mengurangkan jumlah kuasa yang dialirkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan peralatan.

Tetapi !! ..
Jangan sesekali menyambungkan Speaker nilai OHM yang lebih kecil  kepada kepada PowerAmp yang lebih besar nilai OHM . Ini akan merosakkan peralatan anda kerana beban kuasa yang lebih besar kepada speaker.


Ini adalah contoh "specifications" pada Power Amp. 
Lain kali AVtrick akan terangkan istilah specifications diatas seperti RMS OHM dan Sensitivity.