Dalam ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa dalam soundsystem untuk faedah bersama dalam menjalankan tugas . Walau bagaimanapun saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan idea-idea tentang soundsystem daripada anda untuk sama-sama kita kongsikan.
Pengenalan
Pengenalan
Cabaran paling besar seseorang pengendali bunyi atau "soundman" semasa mengendalikan sesuatu majlis atau pementasan terutamanya muzik "live" adalah untukmemberi satu prestasi bunyi yang baik agar dapat menghebohkan dan menceriakan majlis tersebut .
Bagaimanapun, ramai soundman akan mengambil mudah tentang soundsystem dan pengetahuan menggunakannya dengan berkesan. Ini adalah satu kesilapan besar. Walau sehebat manapun suara Siti Nurhaliza mahupun Amy Search dalam membuat persembahan, sesungguhnya mereka tidak mampu membuat persembahan dengan baik sekiranya sistem bunyi tidak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan dentuman "kick drum" 24 inci tidak akan mampu menggegarkan suasana sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh soundsystem tersebut adalah seperti bunyi tikaman batu ke atas dinding.
Untuk mahir dalam pengendalian sistem bunyi bulanlah sesuatu yang mudah jika dibandingkan dengan bermain alat muzik. Lebih merumitkan lagi, kita perlu memahami dengan lebih terperinci termasuklah istilah-istilah teknikal.
Dalam ruangan ini, saya akan cuba menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana untuk mengendalikan beberapa sistem PA yang berlainan. Dalam ruangan ini anda akan menemui gambarajah-gambarajah dan arahan-arahan tentang cara-cara untuk mengendalikan sistem siaraya daripada yang paling ringkas sehingga satu set siaraya yang besar seperti sistem "tri-amped". Juga dimuatkan beberapa istilah berguna dan beberapa tip untuk mengendalikan sistem PA dengan baik.
Semoga apa yang dikongsikan bersama ini, sedikit-sebanyak dapat membantu dan memberi jawapan kepada sebarang kemyuskhilan anda selama ini.