Search

Pendahuluan


Dalam ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa dalam soundsystem untuk faedah bersama dalam menjalankan tugas . Walau bagaimanapun saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan idea-idea tentang soundsystem daripada anda untuk sama-sama kita kongsikan.

Pengenalan
Cabaran paling besar seseorang pengendali bunyi atau "soundman" semasa mengendalikan sesuatu majlis atau pementasan terutamanya muzik "live" adalah untukmemberi satu prestasi bunyi yang baik agar dapat menghebohkan dan menceriakan majlis tersebut .
Bagaimanapun, ramai soundman akan mengambil mudah tentang soundsystem dan pengetahuan menggunakannya dengan berkesan. Ini adalah satu kesilapan besar. Walau sehebat manapun suara Siti Nurhaliza mahupun Amy Search dalam membuat persembahan, sesungguhnya mereka tidak mampu membuat persembahan dengan baik sekiranya sistem bunyi tidak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan dentuman "kick drum" 24 inci tidak akan mampu menggegarkan suasana sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh soundsystem tersebut adalah seperti bunyi tikaman batu ke atas dinding.
Untuk mahir dalam pengendalian sistem bunyi bulanlah sesuatu yang mudah jika dibandingkan dengan bermain alat muzik. Lebih merumitkan lagi, kita perlu memahami dengan lebih terperinci termasuklah istilah-istilah teknikal.
Dalam ruangan ini, saya akan cuba menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana untuk mengendalikan beberapa sistem PA yang berlainan. Dalam ruangan ini anda akan menemui gambarajah-gambarajah dan arahan-arahan tentang cara-cara untuk mengendalikan sistem siaraya daripada yang paling ringkas sehingga satu set siaraya yang besar seperti sistem "tri-amped". Juga dimuatkan beberapa istilah berguna dan beberapa tip untuk mengendalikan sistem PA dengan baik.
Semoga apa yang dikongsikan bersama ini, sedikit-sebanyak dapat membantu dan memberi jawapan kepada sebarang kemyuskhilan anda selama ini.


11 ulasan:

  1. Excellent. Very informative. It's help me very much

    BalasPadam
  2. Boss, ku gik babo gik kajon tutorial muk... g rambat owh duh. kurang langkau ik din...
    BUNG SAAH SOUND WORKS

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH BANG.. BANYAK MEMBENTU SAYA UNTUK SETUP SOUND SYSTEM UNTUK MINI STAGE SHOW... - SHAH @ SHAMEL STUDIO & ENTERTAINMENT, SETIU TERENGGANU.

    BalasPadam
  4. saya mncari pembekal dan pemasangan PA System untuk sekolah. boleh tak cadangkan kepada saya. Urgent. terima kasih. cntct saya di duwan06@yahoo.com

    BalasPadam
  5. mixer kadang kala blh keluarkan bunyi ke speaker..kadang kala keluar bunyi perlahan walaupun dh high volume..kena gesek2 volume mic naik turun naik turun bru keluar bunyi dkt speaker..begitu juga dgn master volume..kena gesek2 naik turun..apakah masalah mixer tersebut.

    BalasPadam
  6. Saudara pfatt: Masalah yang saudara hadapi mungkin dari "fadder" pada mixer tersebut. (volume mix yg saudara maksudkan) Ini terjadi mungkin kerana ianya telah berkarat atau terdapat kotoran pada bahagian tersebut. Anda boleh buka mixer dan bersihkan sendiri atau hantar untuk penyelenggaraan.

    BalasPadam
  7. tunjukan cara kendalikan comperessor/limited gate,

    BalasPadam
  8. MAKLUMAN KEPADA PEMBACA SEMUA..
    terimakasih kerana sudi singgah di blog saya, namun saya telah pindah ke URL spt dibawah:

    http://www.avtrick.co.cc/

    BalasPadam
  9. Salam boss...
    kalau buat tutorial melalui video lagi mantap.

    BalasPadam
  10. Saya nak pasang 4 speaker utk tempat menjahit seluas 2 bilik darjah utk music dan ceramah dan dan apa jenis speaker yg sesuai dan apakah jenis alat receiver yg sesuai utk tujuaan ini..ok

    BalasPadam
  11. Dan speaker itu saya nak pasang di atas siling

    BalasPadam