Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai petua atau aturan semasa menghidupkan sistem PA. Walaupun nampak mudah dan sering dipandang remeh namun antara punca kerosakan peralatan berlaku adalah disebabkan oleh cara kita semasa menghidupkan (switch-on) dan mematikan (switch-off) peralatan PA.
Setelah semua peralatan telah terpasang perkara seterusnya adalah untuk menghidupkan sistem PA tersebut. Seringkali ketika menghidupkan peralatan terdapat bunyi "poping" yang sangat kuat. Bunyi tersebut boleh merosakkan peralatan PA terutamanya pada speaker. Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengurangkan risiko kerosakan semasa menghidupkan peralatan PA.
PERTAMA, sebelum anda menghidupkan setiap peralatan (switch-on), pastikan "master level" pada amplifier dan mixer pada kedudukan paling minimun. Perkara terpenting yang anda kena ambil perhatian adalah pada level output pada amplifier (selalunya "Knob"). Pusingkan ke level yang paling minimum. Juga "MAIN OUT" (selalunya Slider) dan moniter out pada mixer (selalunya Slider atau knob). Setelah semua level berkenaan pada kedudukan paling rendah maka anda boleh menghidupkan peralatan anda dengan selamat. Peralatan lain seperti EQ dan Effect Prosessor adalah tidak perlu tetapi jika kurang yakin maka tiada masalah juga untuk menurunkan level volume pada peralatan tersebut untuk keselamatan.
KEDUA, setiap peralatan pada sistem PA harus dihidupkan mengikut urutan yang betul iaitu:
Pertama [Effect,EQ] Kedua [Mixer] Ketiga [Crossover] dan Keempat [AMPS (jika setting jenis tri-amp maka mula-mula LOW amp, Seterusnya Middle dan akhirnya High Amp.)]
Tujuan utama menghidupkan peralatan ini mengikut urutan menyekat signal daripada sampai ke speaker dan mengelakkan bunyi "poping" yang kuat. Jika masih ragu-ragu maka perkara penting untuk diambil perhatian adalah Power Amp hendaklah dihidupkan paling kemudian.
Untuk mematikan sistem pula (switch-off), maka hendaklah diterbalikkan urutan. Pertama sekali, minimumkan setiap level pada Power Amp dan matikan mengikut urutan yang berlawanan seperti diatas.
Tutoial seterusnya kita akan berkongsi cara menguji sistem PA (Sound Check).