Search

Sistem Pemasangan Bahagian 3

PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 3


Crossovers

Sebelum ini kita telah didedahkan dengan teknik pemasangan yang menggunakan hanya satu unit power amplifier dengan satu set (dua buah) speaker fullrange. Speaker fullrange itu sendiri sebenarnya mempunyai unit crossover dalaman yang disebut passive crossover .

Crossover pada asasnya menerima isyarat bunyi seterusnya mengasing isyarat bunyi tersebut kepada tiga frekuensi iaitu midrange frequencies, lowrangefrequencies dan highrange frequencies.

Passive Crossover (crossover dalaman) menerima isyarat bunyi selepas isyarat tersebut melalui power amplifier seterusnya mengasingkan bunyi tersebut sebelum diterima oleh speaker. Walaupun dengan adanya built-in crossover dalam speaker full-range dapat memudahkan kita pemasangan soundsystem tetapi kemampuan passive crossover dalam mengasingkan bunyi sebenarnya agak terhad. Frekuensi bunyi rendah memerlukan julat kuasa yang lebih besar daripada bunyi frekuensi tinggi maka kita tidak mampu untuk menetapkan julat kuasa kepada frekuensi tersebut pada passive crossover kerana ia dilakukan secara built-in di dalam speaker tersebut.

Active crossover (crossover luaran) pula memerima isyarat bunyi (selalunya daripada EQ), mengasingkan isyarat bunyi tersebut sebelum dihantar ke setiap power amplifier yang menghantar frekuensi high, mid dan low frekuensi. Disini kita mampu untuk membahagi dan menentukan kuasa yang sesuai kepada setiap power amplifier yang menghantar isyarat rendah dan isyarat tinggi.

Cara pemasangan menggunakan active crossover selalunya dinamakan BI-AMPING (high+midrange , Lowrange) dan TRI-AMPING (highrange, midrange, lowrange).

Pada masa akan datang kita akan melihat contoh pemasangan Tri-Amping.


Contoh 4: Tri-Amping the Mains





Seperti rajah contoh 4 , arah aliran isyarat kepada speaker utama adalah sama seperti dengan contoh 3. Sambungan diantara effect loop dan system moniter adalah sama seperti sebelum ini, cuma kini system tersebut telah dipecahkan kepada tiga frekuensi speaker yang berlainan (Hi, Mid, Low) yang juga dipanggil Tri-amped System. Untuk ini kita memerlukan crossover untuk memisahkan frekuensi kepada tiga frekuensi bunyi, tiga buah power amp dan tiga buah speaker. Setiap satu daripada tiga power amp dan speaker ini harus bersesuaian dengan setiap frekuensi bunyi iaitu bunyi highrange, midrange dan lowrange. Setiap frekuensi tersebut dapat ditentukan daripada beberapa output yang terdapat pada crossover. Output yang bertanda “low out” hendaklah disambungkan kepada input power amp yang mempunyai julat kuasa (wattage) yang lebih besar kerana speaker yang mengeluarkan bunyi rendah memerlukan kuasa yang lebih besar berbanding dengan high speaker. Maka sambungan pada “high out” cuma memerlukan kuasa yang lebih kecil.

Perhatian:
Jangan sesekali menyambungkan high speaker atau horn daripada “low out” pada crossover.
Speaker yang berfrekuensi tinggi (high range) tidak tahan dan akan cepat rosak sekiranya sambungan pada frekuensi rendah dilakukan.


Sambungan peralatan untuk Tri-Amp system adalah seperti arahan dibawah.

Monitor dan Effect
1. Buat sambungan seperti pada rajah contoh 3.

MAINS (Harus diingati, walaupun isyarat bunyi telah dipisahkan oleh crossover kepada tiga frekuensi, bunyi daripada microphone tetap masih dialirkan kepada setiap speaker.

2. Sambungkan Kabel high impedance (highZ) drpd “Main output” mixer.

3. Seterusnya kepada “input” equalizer utama.

4. Daripada “output” EQ

5. Kepada “input” crossover. (selalunya main input atau “crossover in”)

LOW speaker

6. Sambungkan kabel highZ daripada “low output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang ber”wattage” paling besar.

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu input low speaker (left & right).

MID speaker

6. Sambungkan kabel highZ daripada “mid output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang bersesuaian (mid )

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu input midrange speaker (left & right).


HIGH speaker

6. Sambungkan kabel highZ daripada “high output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang ber”wattage” paling kecil.

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu input high speaker / high horn (left & right).



TAHNIAH !!!
Seterusnya anda akan bersedia dengan satu set soundsystem berkapasiti besar dengan multiple effect poops, monitor dan compressor yang disambungkan dengan system Tri-amped stereo yang lebih lengkap.

4 ulasan:

  1. tahniah..saudara harap tutorial dapat disambung..

    BalasPadam
  2. boleh singgah di url baru saya di
    http://www.avtrick.co.cc/

    BalasPadam
  3. In this manner my acquaintance Wesley Virgin's adventure begins with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL VIDEO.

    You see, Wesley was in the military-and soon after leaving-he revealed hidden, "self mind control" secrets that the CIA and others used to obtain whatever they want.

    These are the exact same tactics many celebrities (especially those who "became famous out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and famous.

    You probably know how you use less than 10% of your brain.

    That's mostly because most of your BRAINPOWER is UNTAPPED.

    Perhaps that thought has even occurred INSIDE your own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years back, while driving an unlicensed, beat-up garbage bucket of a car with a suspended driver's license and with $3 on his debit card.

    "I'm very frustrated with going through life paycheck to paycheck! Why can't I turn myself successful?"

    You've taken part in those types of conversations, ain't it so?

    Your success story is waiting to be written. All you need is to believe in YOURSELF.

    WATCH WESLEY SPEAK NOW

    BalasPadam
  4. bolehkah speker fullrange(tweeter) disambungkan dengan crossover

    BalasPadam