Search

Teknik asas dlm pemasangan sistem siaraya


PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 1

PA System terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz , daripada sistem yang sangat terperinci seperti yang digunakan di stadium besar sehingga ke sistem yang paling ringkas seperti sebuah system stereo yang biasa digunakan di dalam rumah. Senarai di bawah adalah beberapa contoh setting yang paling lazim dikendalikan.



Contoh 1: The Bare Bones











Diatas merupakan contoh sistem PA yang paling asas. Sambungan diantara peralatan tersebut adalah sangat mudah dan ringkas. Perkara paling penting untuk diingati ketika menyambungkan sebarang saiz dan jenis PA adalah arah isyarat. Arah-arah isyarat tersebut ditandai dengan anak panah bewarna merah. Bermula dari isyarat bunyi dari mulut anda (atau arah dari mana datangnya isyarat bunyi yang asal), kemudian dari mikrofon pergi ke dalam system penguat (amplifier) , seterusnya melalui pembesar suara (speaker). Hasilnya isyarat bunyi tadi akan lebih kuat dan mudah untuk didengari oleh orang ramai.

Secara ringkas apa yang harus diingati adalah setiap sambungan kearah input (ke Amp) merupakan peralatan yang datang dari arah isyarat bunyi (spt mikrofon) sementara sambungan ke output ( drpd Amp ) seharusnya akan menuju ke speaker.

Kita umpamakan system tersebut sebagai sebatang sungai dimana mikrofon adalah hulu sungai, pembesar suara (speaker) adalah hilir, dan penguat (amplifier) adalah sebuah takungan di antara hulu dan hilir. Memandangkan air (isyarat) mengalir dari hulu (Mikrofon), ia mesti masuk ke dalam takungan (pembesar suara) melalui satu ruang (input), dari takungan ia perlu keluar melalui satu ruang keluar (output) sehingga akhirnya, ia sampai ke hilir (speaker).

Perumpamaan diatas adalah contoh yang mudah untuk kita memahami arah aliran system PA . Dibawah ini adalah urutan sambungan beberapa komponen untuk membina sebuah set PA.



  1. Sambungkan kabel mikrofon dengan mikrofon .Tempat untuk membuat sambungan kabel ke mikrofon secara teknikalnya ia merupakan satu output.

  2. Sambungkan hujung kabel yang satu lagi ke input penguat ( amp )

  3. Sambungkan kabel speaker ke output penguat .

  4. Hujung kabel speaker yang satu lagi disambung ke input speaker. Isyarat dari mikrofon akan keluar ke speaker setelah melalui penguat.



Kini anda telah berjaya membina satu set PA yang asas. Walau bagaimanapun set PA tersebut masih kurang praktikal jika digunakan untuk majlis sebenar ia masih kekurangan tiga komponen asas. Untuk tiga komponen asas tersebut kita ikuti contoh seterusnya.



Contoh 2: The Essentials







Dengan peralatan tambahan seperti pengadun bunyi ( mixer @ soundboard) dan satu unit equalizer (EQ), dan satu set speaker berjulat penuh ( full range speaker ), kita telah membentuk satu set PA yang lengkap. Sistem PA ini boleh digunakan untuk raptai dan beberapa majlis berkapasiti kecil . Isyarat bunyi yang dihasilkan adalah lebih stabil dan konsisten. Seperti di atas, anak panah menunjukkan, isyarat sekali lagi bermula dari mikrofon melalui laluan setiap komponen secara berturutan sehingga ia sampai ke speaker, dan menghasilkan satu bunyi yang lebih kuat dan dapat didengar dengan jelas. Setiap sambungan diantara komponen perlu diambil perhatian.Ini kerana, walau seberapa banyak komponen ( spt. Effects prosessor dan compressors ) di tambah, peralatan tersebut pada asasnya masih perlu bersambungan antara satu sama lain. EQ haruslah disambungkan ke output mixer dan input power amp, mikrofon perlu di atas input mixer dan speaker harus sentiasa selepas amplifier.

Setiap sambungan peralatan di atas adalah seperti urutan dibawah:



  1. Pasangkan mikrofon kepada salah satu hujung kabel mikrofon.

  2. Pasangkan hujung kabel yang satu lagi ke input mixer ( input datangnya dari mikrofon )

  3. Pasangkan high Z kabel ke "main out" mixer (sambungan ini akan menghantar isyarat keluar dari mixer).

  4. Hujung kabel yang satu lagi, pasangkan ke input equalizer (isyarat dari mixer akan ditala di EQ ).

  5. Kabel (highZ cable) dari output EQ disambung pula ke input power amp ( isyarat bunyi akan diperbesarkan di peguat )

  6. Akhirnya, pasangkan dua kabel speaker output power amp dan kedua-dua hujung yang satu lagi ke input setiap speaker










Perhatian:
Jangan sesekali pemasang komponen lain selain dari speaker ke output power amp. Sambungan dari "speaker out" pada power amp membawa isyarat yang sangat besar dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen lain.



 





Contoh 2a: The Powered Mixer



Power Mixer (seperti rajah 2a) adalah sangat mudah digunakan kerana ia menggabungkan pengadun bunyi ( mixing board ), penguat (Amp ), penala bunyi ( EQ ), dan sesetengahnya terdapat pemproses kesan khas (effects) di dalam satu sistem. (built-in system).

PA seperti ini sangat sesuai untuk pementasan kecil kerana ia mudah-alih, cepat dan senang untuk dipasang. Kos untuk satu set power mixer selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan membeli peralatan yang berasingan. Walau bagaimanapun kuasa bunyi yang dihasilkan tidaklah se”power” set PA yang berasingan amp. Lagipun kawalan pada EQ, effect dan mixer adalah agak terhad, jadi anda tentu tidak berpuas hati jika ia digunakan dalam majlis yang besar.

Stereo to Mono

Anda boleh nampak, dalam sesetengah (atau semua) komponen-komponen system PA, mempunyai lebih daripada satu saluran (channel) yang biasanya dilabel seperti satu dari tiga cara berikut; A dan B, 1 dan 2, atau left (kiri) dan right (kanan). Kedua-dua channel mempunyai input dan output. Ini bermakna sistem tersebut adalah stereo kerana ia mengandungi dua laluan untuk dua isyarat bunyi yang berasingan.

Contoh-contoh sistem yang dipaparkan sebelum ini, adalah beberapa contoh system mono (tunggal) tetapi prinsipnya adalah serupa untuk stereo. PA stereo boleh dijadikan sebagai PA mono sekiranya anda hanya menggunakan satu saluran dalam setiap komponen. Misalnya, anda hanya menggunakan saluran (chanel) "B" dalam EQ , anda akan hanya menggunakan input dan output untuk saluran "B", dan membiarkan input dan output untuk saluran A tanpa sambungan. Ini bermakna butang pada saluran A tidak akan memberi apa-apa kesan pada system PA anda kerana tiafda sambungan dibuat pada chanel A tersebut.

Sound Board (mixer) adalah sedikit berbeza berkaitan dengan output. Terdapat banyak isyarat yang datang dari mikrofon di atas pentas masuk ke input-input yang banyak dalam sesebuah mixer tetapi satu set stereo mempunyai dua saluran output utama yang berasingan. Anda hanya perlu pilih salah satu saluran sekiranya ingin menggunakan sistem mono dan sesuaikan dengan tombol-tombol yang ada pada mixer. Namun perbuatan tersebut tidaklah praktikal kerana dengan menggunakan satu saluran sahaja bermakna anda menggunakan hanya separuh daripada kekuatan system tersebut. Contohnya anda hanya menggunakan 250watt daripada amp berkuasa 500watt . Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah “bridging”, akan tetapi persediaannya agak rumit serta agak mengelirukan. Ianya memerlukan pembahagian dan perkiraan yang tepat dan sekiranya menjadi, system anda akan cukup “power” tetapi sekiranya anda tersilap maka ia mampu merosakkan peralatan anda. Secara jujur, saya juga tidak begitu yakin untuk menggunakan kaedah ini oleh itu saya tidak akan sertakan kaedah “bridging” dalam tutorial ini.














6 ulasan:

  1. bleh tambah kn video clips care pmasangan p.a sistem..baru senang..ade teori dan amali

    BalasPadam
  2. Btol3.... tmbahkan dgn video baru paham.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM
    Sya mempunyai alatan sprti mixer,eq,crossover aktiviv,pwr amp 400watt dn pwr amp 800watt..sy memiliki 4 speaker full range dn 2subwoofer.
    Masalah yg sy sering hadapi adalah suara penyanyi akan tenggelam oleh music..sy gunakn mixer behringer.. Sekiranya sy naikn fader atau gain utk kuatkan suara microphone, feedback akan muncul..bunyi nyingggg sakitkn telinga, di mana silapnya,..dalam speaker full range trbina crossover dalaman, so perlu ke sy gunakan crossover aktiv,dan dlm crossover aktiv ada hight,mid,dn low serta subwoofer..stakat ini sy gunakn mid dn out ke power amp utk full range speaker..
    Tolong tuan email kn pd sy tips yg betul
    muhdizhar87@yahoo.com

    BalasPadam
  4. ASSALAMUALAIKUM
    Sya mempunyai alatan sprti mixer,eq,crossover aktiviv,pwr amp 400watt dn pwr amp 800watt..sy memiliki 4 speaker full range dn 2subwoofer.
    Masalah yg sy sering hadapi adalah suara penyanyi akan tenggelam oleh music..sy gunakn mixer behringer.. Sekiranya sy naikn fader atau gain utk kuatkan suara microphone, feedback akan muncul..bunyi nyingggg sakitkn telinga, di mana silapnya,..dalam speaker full range trbina crossover dalaman, so perlu ke sy gunakan crossover aktiv,dan dlm crossover aktiv ada hight,mid,dn low serta subwoofer..stakat ini sy gunakn mid dn out ke power amp utk full range speaker..
    Tolong tuan email kn pd sy tips yg betul
    muhdizhar87@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Sya mempunyai alatan sprti mixer,eq,crossover aktiviv,pwr amp 400watt dn pwr amp 800watt..sy memiliki 4 speaker full range dn 2subwoofer.
    Masalah yg sy sering hadapi adalah suara penyanyi akan tenggelam oleh music..sy gunakn mixer behringer.. Sekiranya sy naikn fader atau gain utk kuatkan suara microphone, feedback akan muncul..bunyi nyingggg sakitkn telinga, di mana silapnya,..dalam speaker full range trbina crossover dalaman, so perlu ke sy gunakan crossover aktiv,dan dlm crossover aktiv ada hight,mid,dn low serta subwoofer..stakat ini sy gunakn mid dn out ke power amp utk full range speaker..
    Tolong tuan email kn pd sy tips yg betul

    BalasPadam
  6. mohon pencerahan bagi sesiapa saja yang tahu..

    saya baru beli beberapa alatan sound system. mixer, power M, equalizer, speaker. bila saya buat penyambungan, hanya 1 channel yang berbunyi iaitu channel 1. adakan terdapat kerosakan pada alatan saya? saya risau jika power M yang rosak. sebab harga dia boleh tahan. cecah jugak 2k.

    tolong.. please.. help me..

    BalasPadam