PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 2
Sekarang kita telah didedahkan dengan asas-asas pemasangan siaraya, dan anda bebas untuk membuat sebarang tambahan peralatan dalam pengendalian system PA . Sistem di bawah adalah untuk tempat yang sederhana besar serta tidak memerlukan ruang yang banyak .
Contoh 3: Small Practical PA
Merujuk Contoh 3 diatas , pemasangan system PA telah ditambah dengan effect prosessor dan monitor . Moniter adalah satu set speaker yang diletakkan diatas pentas agar kita dapat mendengar dengan jelas ketika membuat persembahan di atas pentas. Satu set monitor terdiri daripada EQ dan AMP berasingan dan sambungannya adalah sama seperti set utama yang lain cuma input sambungan adalah daripada channel “moniter out “ yang ada pada sound board utama. Pada asasnya apa yang telah berlaku adalah, isyarat dari mikrofon telah dipisahkan secara elektronik kepada dua isyarat berasingan. Satu daripada isyarat tersebut dihantar ke monitor melalui “monitor out” sementara isyarat utama dihantar ke “main out”. Ini memudahkan kita untuk mengendalikan bunyi dari monitor secara berasingan daripada speaker utama.
Note: Jika anda menggunakan satu stereo EQ, anda boleh mengendalikan salah satu channel untuk saluran utama (contohnya channel "A") dan monitors melalui channel lain (channel "B"). Cuma perlu pastikan channel yang mana untuk saluran utama dan untuk moniter.. Dengan itu anda tahu yang sliders dan tombol-tombol yang sesuai untuk setiap saluran. Kaedah ini digunakan sekiranya anda hanya mempunyai satu EQ dan ia mampu menyeimbangkan speaker utama dan moniter dalam satu masa. Prinsip yang sama ini boleh digunakan untuk mana-mana komponen stereo dalam system PA seperti amplifier, compressor, crossovers, dan sebagainya..... |
EFFECT ( kesan khas ) mampu mengubah dan memberi kesan bunyi pada system PA seperti “delay”, “reverb”, atau korus. Effect prosesor adalah lebih baik jika disambung dari “line” khas seperti “effects loop”. Melalui “effects loop” segala isyarat dari “soundboard” dihantar ke effects prosessor dan isyarat tersebut akan diproses (kesan bunyi) sebelum dihantar balik ke soundboard. Effects boleh diselaraskan secara berasingan pada setiap channel yang ada pada soundboard.
Dibawah adalah penerangan sambungan system PA melibatkan effect prosessor seperti rajah 3 diatas :
- Buat pemasangan seperti yang telah ditunjukkan pada CONTOH 2.
- Buat sambungan pada “monitor out” yang daripada mixer mixer kemudian ke input EQ monitor.
- Seterusnya sambungan daripada “output" EQ monitor kepada input power Amp moniter.
- Ahkirnya daripada output power amp moniter kepada speaker monitor.
Effects loop
- Buat sambungan (selalunya menggunakan kabel high impedance (high Z ) daripada "effects send" atau "effects out" yang ada pada soundboard kepada “input” unit effect.
- Seterusnya daripada “output” unit effect kepada “effect return” atau “effect in” yang ada pada soundboard ( mixer )
- Dengan ini isyarat bunyi dengan kesan-kesan khas seperti yang dikehendaki akan kembali ke mixer dan diadun semula bersama isyarat utama yang akan keluar ke speaker.
Multiple effects ( effect berganda )
Jika ingin mengendalikan beberapa unit effect processor pada masa yang sama anda boleh menggunakan satu unit effect berganda yang mampu menjalankan banyak kesan serentak dalam satu unit, atau boleh meletakkan beberapa unit effect yang berbeza-beza dalam satu laluan effect. Sambungan diantara beberapa unit effect tersebut adalah secara selari seperti dalam CONTOH 3a dibawah :
CONTOH 3a:
Seperti contoh diatas aliran isyarat datang dari “effects send” dan mengalir ke arah “return”. Harus diingati bahawa “inputs” hendaklah sentiasa di aliran hulu, "input" selalunya datang dari “effects send jack” dan "outputs" akan sentiasa pergi ke arah “effects return jack”. Kesimpulannya, arah aliran isyarat adalah seperti berikut:
“Effects send ( daripada mixer ) ke input (pada unit delay) dari “output” (daripada unit delay) ke input (pada unit reverb) kemudian “output” (daripada unit reverb) ke “effects return ( pada mixer )
Sesetengah soundboards dilengkapi dengan lebih daripada satu saluran “effects”. Harus diing
ati bahawa jika anda digunakan “effects send” daripada saluran "SATU", anda hendaklah mengguna “effects return” untuk saluran "SATU". Jika soundboard (mixer) anda mempunyai lebih daripada satu saluran “effects”, anda boleh membuat sambungan yang berasingan diantara unit effects yang berbeza. Ini memberi lebih kawalan yang berasingan apabila menyesuaikan bunyi untuk input-input mixer (seperti mikrofon, dan sebagainya...). Tutorial selanjutnya kita akan belajar sitsem yang lebih besar iaitu Sistem Crossovers.
nak tau cara seting @ adunan sound pada compressor
BalasPadamboleh singgah di url baru saya di
BalasPadamhttp://www.avtrick.co.cc/
saya ada apdate tentang compressor disana
As claimed by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 42 lbs less than we do.
BalasPadam(And realistically, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret diet and really, EVERYTHING around "how" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...
Tap on this link to see if this quick quiz can help you release your real weight loss possibilities